Search

Sekitar Seminar OSHA for Media di Bangunan Utama NIOSH Bangi

  • Share this:

[VLOG] Sekitar Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk Pengamal Media di Bangunan Utama NIOSH Bangi

PROGRAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAAN UNTUK PENGAMAL MEDIA

1 Nov, 2018


BANGI: Pencemaran yang berleluasa, bencana alam yang semakin kerap serta kemunculan pelbagai penyakit dan masalah mental baru merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi pengamal media dalam era Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0).

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata persekitaran kerja yang berubah serta penggunaan gajet moden dan pintar juga akan menimbulkan pelbagai masalah kesihatan berkaitan ergonomik, penglihatan dan penyakit mental seperti tekanan perasaan dan kemurungan.

Oleh itu, beliau berkata organisasi media dan warga kerja mereka tidak mempunyai pilihan tetapi perlu meningkatkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) untuk menangani cabaran-cabaran baru ini.

Jika dilihat dari sudut positif, beliau berkata perubahan teknologi berkaitan KKP sebenarnya membolehkan organisasi media melindungi pekerja dengan lebih berkesan dan membantu mereka menjalankan tugas dengan baik.

Sebagai contoh, beliau berkat peralatan perlindungan peribadi (PPE) berteknologi tinggi mampu memberikan perlindungan yang lebih baik kepada warga media yang menjalankan tugas di kawasan berisiko seperti tanah runtuh, kebocoran gas dan runtuhan bangunan atau struktur yang lain.

"Teknologi tanpa wayar yang digabungkan dengan perisian komputer canggih dan peralatan terkini seperti dron dan alat penderiaan jarak jauh seperti satelit misalnya membolehkan warga media membuat liputan di kawasan berisiko tinggi tanpa perlu memperjudikan nyawa mereka," katanya selepas merasmikan majlis perasmian program KKP untuk pengamal media di ibu pejabat NIOSH di Bandar Baru Bangi hari ini.

Lee berkata pihak media perlu memainkan peranan mereka untuk membantu NIOSH, Kementerian Sumber Manusia dan negara mewujudkan suasana kerja selamat di mana mana kemalangan sifar boleh dicapai.

Kerjasama ini amat penting kerana statistik Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) menunjukkan bahawa kadar kemalangan di tempat kerja bagi setiap 1,000 pekerja sedikit meningkat kepada 2.93 pada 2017 berbanding dengan 2.88 pada 2016 dan 2.81 pada 2015.

Pada tahun 2006, kadarnya ialah 4.77 kemalangan bagi setiap 1,000 pekerja.

Kadar kematian perindustrian juga meningkat kepada 4.90 bagi setiap 100,000 pekerja tahun lepas berbanding 4.84 bagi setiap 100,000 pekerja pada 2016 dan 2015.

Di bawah Pelan Induk KKP 2016-2020, Kementerian Sumber Manusia telah menetapkan sasaran untuk mengurangkan kemalangan industri kepada 2.53 bagi setiap 1,000 pekerja dan kadar kematian perindustrian kepada 4.36 bagi setiap 100,000 pekerja menjelang 2020.

"Bagaimanapun jika trend sekarang berterusan, sasaran yang ditetapkan untuk kedua-dua kemalangan industri dan kematian tidak dapat dicapai pada tahun 2020," katanya.

Beliau berkata berdasarkan maklumbalas yang diperolehi NIOSH, amalan KKP yang baik di kalangan warga media masih berada di tahap minimum dan banyak yang perlu dilakukan bagi meningkatkan kesedaran mereka mengenai aspek KKP.
 
"Lebih mendukacitakan apabila ada pihak majikan menganggap aspek KKP ini sebagai isu remeh-temeh dan tidak bersungguh-sunguh untuk menjadikan ia sebagai amalan di organisasi media masing-masing," katanya.

Beliau menyeru organisasi media serta warga kerja mereka untuk merujuk kepada Garis Panduan untuk Profesional Media berkaitan dengan amalan kerja yang selamat yang dikeluarkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia.
 
Garis panduan yang bertindak sebagai Prosedur Kerja Selamat (SOP) ini membolehkan kakitangan media dilengkapi maklumat apabila menjalankan liputan media di dalam zon berbahaya dan persekitaran yang boleh mendatangkan risiko kemalangan.

Lee berkata NIOSH bersedia bekerjasama dengan organisasi media untuk menganjur program-program latihan bagi pengamal media tempatan.
 
Di antara latihan yang boleh diadakan adalah seperti asas pertolongan cemas, penilaian risiko, teknik kemahiran hidup, pakaian perlindungan diri serta informasi mengenai kawasan di mana mereka akan bertugas.

TAN SRI LEE LAM THYE
Pengerusi
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA
 

 YANG BERBAHAGIA TAN SRI LEE LAM THYE,
PENGERUSI NIOSH,
 
 
YANG BERUSAHA MEJAR BERSARA HAJI HANIF MAIDIN,
SETIAUSAHA EKSEKUTIF NIOSH,
 
ENCIK KHAIRUNNIZAM MUSTAPA,
PENGURUS BESAR
JABATAN PERUNDINGAN, PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN NIOSH,
 
 
ENCIK SAUPI NAZRI MAMAT,
PENGURUS KANAN
JABATAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN PEJABAT WILAYAH NIOSH,

Cik Noraita Tahir
Head of statutory inspection
DOSH johor



#mommyblogger #MalaysianYoutuber


Tags:

About author
—MamyTV— Malaysian Mommy Blogger at annursyuhadah[dot]com All my content, here in youtube is basically about momlife (wellbeing, foodie, homecooked recipes, family travel), reviews and my kids Vlog. Cheers!
View all posts